Salam TM,
Dengan kata lain, jalan untuk benih jagung tumbuh menjadi pokok telah ditetapkan oleh Tuhan. Jika orang yang berkehendakkan benih jagung berkembang menjadi pokok tidak mematuhi ketetapan Tuhan itu, maka dia tidak akan berjaya.
Kewujudan Tuhan tidak boleh dinafikan dari segi menyusun-atur alam semesta ini agar ia berkembang mengikut ketetapan-ketetapan tersebut supaya semesta alam ini seimbang. Kita tidak nampak keseimbangan tersebut sebab banyak rahsia alam yang belum kita ketahui. Sekarang ini manusia baru nak sedar tentang keseimbangan ekosistem, iklim, pemanasan global setelah membuat kajian di muka bumi. Bagaimana keseimbangan di dalam sistem solar, di antara galaksi dan yang lebih luas lagi? Siapakah yang menetapkan segala pergerakan yang ada di dalam alam semesta ini agar ia teratur dan tidak bertembung di antara satu sama lain?
Kita tidak mungkin boleh nafikan perlunya pengawal sistem lalu-lintas di jalan raya agar semua kenderanan dapat menggunakan jalanraya dengan selamat dan teratur. Perlunya pencipta sistem lampu isyarat untuk mengelakkan pertembungan di simpang-simpang.
Begitulah keperluan adanya Tuhan tidak mungkin boleh dinafikan baik menggunakan logik mahupun menggunakan naluri kerana kalau tidak semua manusia boleh buat menurut sesuka hati mereka tanpa adanya Pembalas kepada perbuatan-perbuatan mereka itu.